Semasa Muda Kumpul Penyakit
Bila Tua Merasa Sakit
Waktu muda mengumpul wang ringgit
Setelah tua perabis duit untuk berubat
Begitulah pantun penjagaan kesihatan untuk dijadikan sebagai panduan dalam kita menjalani kehidupan ini . Semasa muda kita tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti mungkin kita akan melepak di wad hospital. Sebab itu kita tidak hirau aktiviti yang membantu membina kesihatan kita seperti bersenam atau mengamalkan gaya hidup sihat.
Contoh paling mudah yang ramai akan mengakui ialah dari segi penjagaan gigi. sewaktu kecil kita malas mengosok gigi sehingga ibu selalu marah dan ingatkan . Sesiapa yang menipu ibu dahulu maka sekarang mereka akan merasa akibatnya. Kehilangan gigi, sakit gigi, tak ada gigi . Apa hendak disesalkan perkara sudah berlalu lama dahulu. Bagi kes gigi kita masih ada sinar lagi kerana ada teknologi yang boleh digunakan untuk menanam gigi atau menyambung gigi .
No comments:
Post a Comment